Sabtu, 26 November 2022

Ayah sentiasa dalam ingatan

Wajah kesayanganku yang kini kekal dalam ingatan. Semoga ayah ditempatkan dalam taman-taman syurgamu ya Allah.




Jumaat, 26 Oktober 2018

Hiking Lintong Trail - Kokol Hill (7.3km)

Pada 14 Oktober yang lalu, team Beaufort Hikers menyertai hiking di laluan yang baru dibuka di Bukit Kokol, Kota Kinabalu. Lintong trail - Kokol Hill yang bermula di Kg. Lintong dan berakhir di Kokol Haven. Hiking kali ini agak unik kerana kami parking kenderaan terlebih dahulu di kawasan penamat. Kemudian diangkut oleh penganjur ke starting point di bahagian bawah bukit. Kemudian kami memulakan pendakian dengan 12 orang sekumpulan dengan dua orang guide hingga ke check point terakhir di atas bukit iaitu di Kokol Haven tempat kami parking kenderaan.

Perjalanan melalui laluan yang santai pada mulanya, kemudian semakin mencabar kerana terpaksa memanjat di beberapa kawasan (menggunakan tali). Hujan pula turun menyebabkan pendakian menjadi lagi mencabar kerana licin. Ramai juga yang tergelincir, tetapi tidak melibatkan kecederaan. Kecuali ada seorang hikers baru yang mengalami krem di kedua belah kaki dan belakangnya (seseorang hikers perlu mempunyai stamina yang kuat dan mesti warm up terlebih dahulu tubuh badan sebelum hiking).

Perjalanan menyeronokkan kerana ia mencabar, melalui kawasan kebun (sempat mengambil buah binjai (Kedah)/belunu (Sabah) dan juga durian. Melalui kawasan kebun getah, kebun nenas dan berakhir di kawasan paragliding (tempat Korea orang kampung panggil sebab cantik macam di Korea)

Apapun perjalan kali ini walaupun penat dan basah, ia tetap menyeronokkan jika kita mempunyai jiwa hikers.




























 Melalui jambatan gantung yang sangat licin


Kawasan padi bukit


Batu tanda

Guide yang tidak jemu menunggu 






Batu Sumpah




Buah belunu/binjai








Durian








Hobi yang sama boleh mengeratkan hubungan





Indahnya ciptaan Allah










Belunu tatap di tangan😀

























Gua Labi

















Antara kawasan yang mencabar









Berhenti makan Linopot dulu. Makanan Dusun yang disediakan secara tradisional. Enakkkk...

Ada nasi sama ubi keladi, jeruk bambangan, sayur kacang dan ikan kering. Sungguh sedap apabila kelaparan di dalam hutan. RM5.00 perpack termasuk air minuman dalam cawan. Berbaloi-baloi...








Kebun nenas


Paragliding place


Pintu masuk Kokol Haven


Ada sijil ooooo... nama belum print 😍

Waktu Solat